KEM BUAT AKU HAPPY


Assalamualaikum ,

Kem ni dah berkurun punye lame dah buat, aku baru nak post hari ni lah. Good ! ! !

1. Aku suka jadi ajk pendaftaran and aktiviti masa kem hari tu. Best tapi penat dan pening.

2. Aku jeles tengok peserta dapat tidur nyenyak, sedangkan aku tak dapat tidur macam dorang. Huh! Jeles gila. Untung betul jadi peserta.

3. Aku suka kenakan peserta bila buat aktiviti halangan komando. Balas dendam lah apa lagi. Aku bukannya baik sangat pon. Jujur aku kata.

4. Aku suka senior senior datang kem ni. I love you lah, senior ! Thank you so much ! Dorang buat aku happy. Ada aura dikatekan. Hebat !

5. Aku tak suka tengok perangai budak budak bila dorang banyak songeh ! Belasah kau karang ! * aku harap dorang bace. Haha *

6. Aku suka masakan masa kem ! Serius sedap gila ! Dua pinggan aku tambah, ingat kan nak tambah lagi tapi malu lah pulak. Masa aku kahwin nanti, boleh lah aku suruh korang masak. Hehe

7. Aku suka bawak handphone masuk dalam toilet. Orang lain semua tinggal, aku sebok bawak.

8. Aku suka baju rc BSMM yang aku baru beli kali ni. Lawa babe. Jatuh hati dengan warna baju tu.

9. Pakcik aku selamba rock dia je minum air (rasa oren, warna merah) masa aku tengah sebok mencekik.

10. Puas aku carik bantal bucuk aku, rupa-rupanya senior aku (abang syafiq) yang guna buat tidor. Nasib baik lah dia tak peluk. Kalau tak bau dia je dekat bantal aku tu. Haha

11. Aku tau senior senior suka pakai selipar aku. Warna pun menarik. Sampai aku nak pergi dewan pun, aku cilok selipar orang. Tuan punye selipar, dah cuak tengok selipar dah hilang. Haha

12. Aku addicted dengan lagu hujan kemarin sampaikan handphone kawan aku, aku kebas. Semata-mata nak dengar lagu tu punye pasal. Siapa suruh bagi aku dengar lagu macam tu. Haha

13. Aku tak suka nabil afiq simbah air sungai dekat aku masa dalam hutan. Grr ! Nasib baik tak panau muka aku.

14. Aku gelak habis bila tengok nabil afiq dan napi bukak baju semata-mata nak halang lembu daripada kejar kiteorang. Dah macam orang asli dah aku tengok mereka berdua tu. Haha

15. Aku terpaksa jadi perempuan ayu, bila kena pakai baju kebaya. Ya Allah, azab kot. Takot kain terselak punye pasal, jadi model aku malam tu. Haha

16. Aku tak suka bila mata aku kena tutup dengan selendang masa buat OBH (operasi burung hantu, pukul 2.30 pagi). Nak buli orang, sekali orang buli aku. Grr !

17. Aku dapat tau senior senior ambil gambar aku senyap senyap masa OBH. Teruk gila! Merajuk lah macam ni. Apa apa pun, nak gambar masa tu. Hehe

18. Aku suka tengok senior buat lawak. Lawak dorang kadang kadang gila gila pon ade. I like !

19. Aku suka salam tangan orang and then cium tangan orang tu. Tak kesah lah lelaki ke perempuan. Hehe. Tapi, bila aku salam tangan nabil, oppss cium tangan dia tak lah. Just letak tangan dia dekat dahi je. Gila kau nak cium. Haha

20. Aku tak suka bila umar thaqif and abdul azim baling tepung, baling lumpur dekat aku. Habis baju aku sebab korang berdua lah. Bukan stakat baju, tudung aku pon same !

21. Hantu? Haha. Aku pikir betul betul lah aku nampak. Rupa-rupanya senior kena kan. Nasib baik aku ak histeria time tu. Bulu roma aku dah berdiri tegak macam nak kawad dah. Haha

itu je, perkara perkara yang aku ingat buat masa ni. Terima kasih .