Open House

Assalamualaikum,

Hai hai. Dah lame aku tak updated blog. Rindu tak rindu tak? Tak? Aloooo sedihlah cani. Huwaaaaa

Khamis, 14 September 2011

Kringgg. Geng, jom kita gerak SP (Saujana Puchong). Naik bas rapid bas metro. Geng, kita dah sampai kawasan SP. Apa lagi bangun lah cepat dari kerusi. Turun lah bas cepat !

First : Rumah Mirza Mahadzir, makan mee goreng. Okay pedas. But sedap. Yummy. Kenapa pedas? Sebab kiteorang Mat Salleh Celup Kopitiam. Aku suka tengok muka mak mirza. Sweet sangat. Yea ! Dapat duit raya. Kau dapat?

( On the phone )

Wan Nurasyiqeen : Kat mana korang ni?
Aku : Rumah mirza lagi.
Wan Nurasyiqeen : Eh datang lah cepat. Yang lain dah datang dah ni.
Aku : Okay okay

Second : Rumah Akeem. Rumah ehem ehem Mirza Mahadzir. Atotototo mereka sweet. Muda-muda dah dapat jumpa Mak mertua, Nenek, Adik ipar bagai. Makan mee goreng jugak. Makan Blueberry Cheese Tart buatan Akeem. Aip, jangan pandang sebelah mata. Akeem pandai buat tart tu tau. Sedap !

( On the phone )

Sharizuan : Korang mana ni?
Aku : Rumah Akeem. Awatnya?
Sharizuan : Kiteorang dah sampai. Tunggu korang lah.
Aku : Aik, mak aii. Awalnya. Ala tunggu lah jap.
Sharizuan : Okay. Cepat !

Third : Rumah Wan Nurasyiqeen. Ohmai Ohmai Ohmai. Ramainya orang. Mak dia banyak gila masak. Sedap sedap belaka. Macam macam air ada. Air strawberry. Air grape. Mana nak? Banyak lah. Macam macam ada.

( On the phone )

Aku : Makcik ! Mana hang?
Ekin : Kau tau. Sini takde bas. Dah satu jam aku tunggu. Panas.
Aku : Kau kat mana?
Ekin : Aku on the way pergi Jambatan Batu 14
Aku : Kau tunggu situ. Aku ambil kau dengan pijam.
Ekin : Oh okay okay

Ambil Ekin. Naik kereta dengan Pijam dan Azrul. Pijam bawak serupa KL Drift lah. But ni versi Puchong Drift. Bila nak corner, amek kau. Selagi kereta tak terbabas. Selagi tu lah laju. And drift.

Pijam : Wani, okay tak? Tak kesah kan aku bawak laju.
Aku : *senyum* Tak kesah. Dah biase.

Masa on the way tu, nyanyi lagu I Love You Like A Love Song. Okay, the best moment. Ekin dah naik. Dah sampai rumah ekin. Tiba-tiba, camera aku tertinggal kat dalam kereta.

( On the phone )

Aku : Pijam, kat belakang ada camera. Lupa nak ambek. Tolong bawak kan.
Pijam : Kejap. Nak check

Dah dapat camera. Lepak. Masuk masuk, aik Nabil, Evin, Adeq and Abang Amin dah sampai. Tengah makan. Macam-macam kerenah. Macam macam topik kiteorang borak. Lastly, aku dengan ekin balik. Sampai rumah agak agak nak maghrib.

Jumaat, 15 September 2011

First : Rumah Danial Annuar. Okay rindu tak jumpa dia. Rindu tak borak dengan dia. Rindu dia lah ! Aku datang dah lah lambat, segan nak masuk pulak tu. Sekali Wan keluar and suruh masuk. Jumpa Iskandar, Harith, Echa, Aina and kawan kelas. Salam Ayah and Mama Danial. Gila malu masa tu. Ayah Danial tanya macam macam. Kecut perut den.  Danial ambil kan kerusi. Dia kata kerusi tu special untuk aku.

Borak borak. Makan makan. Nana balik kejap.

( On the phone )

Nana : Wani kat situ lagi ke?
Aku : A'ah. Kenapa?
Nana : Okay tunggu. Nana nak datang balik.

Duduk sebelah Nana dan Danial. Makan lagi. Terpengaruh dengan ajakan Danial lah ni. Suruh aku makan je. Nak balik. Dapat duit raya lagi. Weeeeee. Before tu tangkap lah gambar.

Second : Rumah Haffiz. Rumah Arwah Saufi lah jugak tu. Family Haffiz nak keluar. But, dia nampak kiteorang terus bukak pintu rumah. Ayah Haffiz pulak matikan enjin kereta. Okay masa tu bersalah gila. Aku orang terakhir masuk. Masuk je, tengok kedudukan perabut dah ubah. Nak nangis masa tu. Teringat 5 Jun 2011. Makan kek. Sedapppp. Haffiz balik rumah. Nampak kiteorang tengah sebok penuh kan tangki perut (makan). Mak ayah Haffiz hantar Atiqah balik. Tinggal Husna, Haffiz, Aku, Mirza, Wan, Sharizuan and Adik Hairul.

Haffiz : Wani, apa lagi jom lah ON table. Nak?
Wani : Err, alahai lemah lah. *sedih* Hmm boleh lah.

Keluar rumah. On table pingpong.

Haffiz : Pakai lah mana mana bat yang kau nak.
Wani : *tengok bat. Terpandang bat tu* aku pakai yang ni.

Aku rasa aku pakai bat Arwah Saufi rasanya. Sebab bat dia best and selesa lah.

Haffiz : Kau ada tak masa arwah main pingpong hari tu. Kau ada kan masa tu?
Aku : Yang mana? Oh.. Ada ada. Ada main pingpong dengan arwah masa tu.
Haffiz : A'ah. Rindu gila doe
Aku : Lepas arwah takde. Ade open table ni lagi?
Haffiz : Ada. Dengan sepupu. Sedih gila doe. Hilang. Rindu nak main pingpong dengan dia.
Aku : Hmm. Sabar. Aku lagi lah. Pingpong ni dah lah favourite game aku dengan arwah. Kau 
          bayangkan, competition pingpong nanti, macam mana perasaan aku masa nak lawan nanti. 
         Aku hope aku kuatlah nanti.
Haffz : Hmm. Kau boleh.

Main pingpong sampai tak ingat dunia. Then, mama sampai. Balik.

Sabtu, 16 September 2011

First : Rumah Atiqah. Makan mee kari. Pertama kali aku makan. Adik adik atiqah semua malu malu. Tangkap gambar kat luar. Pose nak maut. Mak Atiqah hantar. Bayangkan 12 naik kereta Exora. Perghh memang sardin express lah jawab nya. Penyek masing masing.

Second : Rumah Yaya. Banyak gila makanan. Aku just makan desert je. So delicous. Yumm Yumm. Mak dia speaking. I like her mum. She so nice and friendly. Mak dia hantar bustop Pu. Jadi Sardin Express lagi. Again and again. But, its actually the best moment.

( On the phone )

Pijam : Kat mana? Datang tak?
Aku : Datang lah. Nanti ade orang tu merajuk. Susah nak pujuk pulak.
Pijam : *Gelak* Okay. I'm waiting for you. Makanan dah tunggu nak ngap.
Aku : Tunggu kami okay. Kbai

Third : Rumah Hafizam. Sampai masa tu dalam keadaan hujan. Baju basah. Headache. Hafizam datang. Suruh makan. Lame lah jugak lepak. Gelak macam hantu. Makan. Perut terima je apa yang mulut telankan. Nak balik, salam mak ayah pijam. Anak beranak pakai baju warna biru.

Aku dengan Ekin nak balik. Salam, peluk, muah muah bagai.

p/s : Itulah. Korang tak invited datang rumah korang. Kan dah tak tersenarai dalam list

Assalamualaikum....